tokei kedai mamak mesti garuk kepala. kalau teh tarik orang dah banned. nescafe banyak kafein pon tak banyak permintaan. milo mahal. horlicks tak ramai peminat. TEH O ke??? ahahahahah :D balik minum air sirap limau la. limau ais pon sedap. haa... lepas nih mesti penanam pokok limau kasturi kaya sey. apa lagik, jom ramai-ramai tanam pokok limau. mak aku kata, kalaunak buat teh o taruk limau, pakai limau kasturi. tapi kalau nak buat ais limau, pakai limau nipis. lebih kick. aku pakai je mana-mana tapi bukan limau mandarin!
mana nak best makan roti canai dengan teh o? mesti nak layan dengan teh tarik. susu cap teko kene buat satu produk susu berkrim rendah lemak. tapi kalau susu, rendah lemak. apa nama susu itu?? nak pakai susu gantung tak boleh beb, habis semua bayi-bayi kekurangan zat. orang dewasa plak makin sihat. tapi memang dari dulu aku tak reti nak buat TEH TARIK dan tak berapa suka minum TEH TARIK. sebab ada susu. tu sebabnya ada yang kata aset-aset aku semua tak mengancam sebab aku kurang minum susu. fak la. mana ada macam tuh. dah aset-aset aku semua comel cam aku, takkan aku nak pi paksa dia terover saiz. kecik salah, besar salah. kempis salah, mantap pon salah. hish...
tapi sekuat mana pon berita atau artikel nih tersebar dikalangan hantu-hantu teh tarik seluruh alam, percayalah, meraka takkan berhenti minum teh tarik. tapi kurang la sikit KOT. KOT NYA. cuba kau keluarkan fakta, teh tarik boleh menyebabkan mati pucuk seawal 30 tahun.. ha... masa tuh aku rasa ramai yang tak minum teh tarik. hahahahaha :D
antara fakta yang best dan menakutkan meskipun ia tak betul
merokok menyebabkan anda bodoh serta-merta
menonton filem lucah menyebabkan anda buta serta merta
mengumpat menyebabkan mulut anda berkulat
membuat maksiat di khayalak umum menyebabkan anda di panah petir
membuat bising dan berlagak bagus membuatkan anda terkene sihir menjadi GAGAP dan BISU
memaki team bola lawan menyebabkan team anda kalah teruk
fakta bingai yang aku suka
membayar cukai kepada kerajaan menyebabkan MAS membeli lukisan 1.6 juta
memakai lencana anti rasuah menyebabkan anda menerima pujian, sebaik sahaja ditanggalkan anda boleh terima rasuah semula
berbaik dengan menteri air mata menyebabkan anda menerima AP dengan mudah
berkahwin dengan orang kaya menyebabkan anda menerima hantaran sejumlah RM77,888 *orang kaya tak pernah tengok Bersamamu di TV3*
berkahwin grand-grand dan satu malaysia kepoh menyebabkan anda kini tinggal berasingan setelah dua tahun bersama
terlalu bongkak menjadi pemainbola menyebabkan anda maki penonton *hakikatnya kau dah tak reti nak main bola*
terlalu taksub dengan mawi menyebabkan anda yang pakai tudung labuh pon sanggup balik 3-4 pagi semata-mata nak tengok dia menyanyi.
terlalu taksub dengan mawi *lagi* menyebabkan anda kehilangan taste dalam menilai suara bermutu dengan suara berkutu
dah dah... boleh masuk ISA aku nih..