Entry: JURING II Tuesday, February 21, 2006



selamat bertarung...

selamat berjuang...

selamat mendapat takhta...

ingatkan ada ujibakat. so, tak yakin dapat jadi peserta Juring II pon. tapi alhamdulillah. ntah kenapa, dapat pulak jadik. takut? debar? gabra? kecut? gigil? semua pon ada. banyak seronok dari takut. tapi aku tak tunjuk. takut nanti konfiden terlampau. maka, aku cuba untuk meneutralkan perasaan.

cabaran 0 dah bermula. cabaran pertama bakal menyusul tiba. tak lama lagi la tu.

geng genap. yep! aku ahli geng genap. bukan geng jahanam. geng genap. geng ganjil ada kak amyz ngan hayazi. wah wah.. tapi akan aku buat kroni baru di Geng Genap. aku blombaca lagik blog ahli-ahli GENAP. ye lah, ini saing. bukan gu. atochsmart2, samurai, zaza, elmaaniq dan ahsuez. elmaaniq menang catatan menyentuh hati terbalik Gath GEJU 2005. tak ah. tak takut pon. skill, kuku dan taring aku belum diasah nih. lepas ini, bersedia lah!

**********************************************************************

tapi sebelum tu, setelah di TAG oleh madu, aku kene buat benda nih.

5 makanan memori manis masa jadi kanak-kanak

1. sambal sardin dan nasik lembik panas-panas

hanya terdapat di rumah. home-cooked nih. beli kat luar takkan sama rasanya. enak di makan tak kira masa. breakfast, lunch mahupon dinner. nasi lembik tuh sebenarnya nasi biasa yang di masak terlebih air. sambal sardin pula hanya dari tin yang bergambar AYAM. yakni, sardin cap AYAM. cap lain aku tak layan. haha :D. tapi syarat utama, mesti sedang-sedang pedas dan suam-suam kuku. boleh buat aku tambah nasi empat pinggan. sedap hingga menjilat pinggan! pergh!!

2. keropok lekor kantin sekolah kebangsaan

karena menjadi pengganas a.k.a pengawas bersenjatakan AK47 a.k.a Buku Denda, aku terpaksa datang sekolah awak untuk mempertahankan kubu dan mempersiapkan diri. sampai-sampai sekolah, pengganas lain bersiap nak ke medan perang, di zon kawasan masing-masing. seperti pagar depan, pagar belakang, gelanggang, dewan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. aku tak. aku terus ke gelanggang makan. beli keropok barang lima nam keping baru aku berjalan ke zon merah. kawasan jajahan takluk aku selalu di pejabat sekolah. senang. tak der banyak budak-budak lalu. lagipon sapa nak tengok pejabat sekolah. bosan seh! makan sambil menjaga keselamatan. masa rehat pon aku kene keluar awal, dan masa nih order dari kawan-kawan bagaikan aku bukak kedai keropok lekor. sebab keropok lekor nih sangat laku. letak je di pasaran, tunggu dua minit, tinggal serdak. dan tanya adik aku betapa dia bertuah dapat kakak pengganas nih. keluar rehat lambat macamana sekali pon, dia tetap dapat makan keropok lekor, makan makanan yang dia mahu, dan dapat duduk di tempat kelas atasan. sebab apa? sebab kakak dia antara pengganas paling ganas. keropok lekor dan pengganas. huh!

3. nasi lemak sekolah agama

sekali pon sudah ku tala nasi lemak sebungkus sebelum keluar rumah nak kesekolah, sampai pagar aku terus ke kantin. sebelum tuh mintak abah 60 sen, nasi lemak 40 sen, dan extra untuk jajan lain. nasi lemak dia world. sangat world. tak berapa pedas. dan paling best, telur dadar dan ikan bilis rangup. mak cik tu pon dah tahu aku nak makan apa bila aku sampai. terus dia letak nasi lemak atas pinggan dan sudu.

4. limau kasturi dan asam boi merah.

habis merah-merah mulut dan gigi. tapi hanya boleh makan lepas balik sekolah dan terdapat di luar pagar sekolah kebangsaan. sampai rumah dengan mulut merah semacam. bila mak tanya, aku cakap makan aiskrim asamboi. kalau dia tahu aku sesah bendalah tuh, selamat la dia potong duit belanja. tapi tak lama, sebab hari-hari aku balik rumah perut sakit. hahaha :D sekali sekala kene, memang layan beb!!

5. super ring - di kedai berhampiran anda pon ada

seposen sepeket, sekali beli tiga posen, tiga peket. aku akan makan cepat-cepat sebelum sampai rumah sebab sure kene buang dalam tong sampah kalau abah nampak. pernah sekali aku tak sempat nak makan, simpan dua peket dalam beg sekolah. jadik cerita, mak check beg sekolah, maklumlah, budak baik.. tak bawak buku sekolah, bawak Gila-Gila. so, apa lagi, nasib la badan tak makan super ring, dan nasibla super ring masuk tong sampah.masuk tong sampah tak per, tapi di keluarkan isi nya dan di tolak-tolak ke dalam. dulu sekali dia buang cam tu aja, aku ambil dan basuh plastik luar, lalu melantak super ring. taktik lama tak berkesan, dia siap renyukkan lagik. huh..

nak kene tag tiga orang ke??? apa kata tag pada geng genap dalam JURING II kan?? so, untuk kawan-kawan sekumpulan GENAP.. sila buat.. miahahahaha :D

   1 comments

ELMAANIQ
March 13, 2006   10:10 PM PST
 
<b>elmaaniq menang catatan menyentuh hati terbalik Gath GEJU 2005??</b>

menang catatan meransang intelek terbaik la..

anyway good luck.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments